Hakim24jam.com

Bentong_Program Anggun Suri ialah inisiatif Kerajaan Negeri Pahang dalam membantu impian perkahwinan golongan sasaran dengan mengadakan perkahwinan beramai-ramai bagi memudahkan urusan dan mengurangkan beban mereka.

Seramai 8 pasangan mempelai diraikan hari ini dengan acara merenjis pasangan pengantin dan penyampaian insentif perkahwinan.

Turut bersama, YB Dato’ Amizar bin Abu Adam, EXCO Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, iaitu wakil kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, serta, Dato’ Mohammad Shahid, Pegawai Daerah.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru saya ucapkan. Semoga berbahagia hingga ke Jannah buat semua pasangan yang diraikan hari ini.Red

#BentongKita