Hakim24jam.com

Putrajaya – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mempengerusikan mesyuarat mengenai pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey, Selangor, pagi ini. Mesyuarat ini membahas tentang projek strategik yang penting untuk memperkukuh keupayaan ekonomi dan kedudukan negara dalam sektor pelabuhan dan logistik.

Projek ini telah lama dirancang dan tidak wajar lagi ditangguhkan. Alhamdulillah, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor telah mencapai kesepakatan untuk menggerakkan pembangunannya sesegera mungkin. Manfaat pembangunan ini diharapkan dapat dinikmati oleh rakyat dan membuka peluang ekonomi baharu.

Semua agensi berkaitan telah diarahkan untuk bergerak pantas dan memastikan projek ini menjadi model baharu pelaksanaan pembangunan negara yang lebih cekap, tersusun, dan berintegriti. Dalam melaksanakan pembangunan ini, kepentingan Orang Asli, penduduk setempat, nelayan, serta kelestarian ekosistem akan terus dipelihara.

Pembangunan negara mesti berjalan seiring dengan keadilan sosial dan tanggungjawab terhadap alam, kerana di situlah terletaknya makna kemajuan yang sebenar dan berkekalan.Red

#MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI